Wednesday, September 26, 2012

BAKAL MENTERI BESAR PAHANG JAWAB ISU PEMBERHENTIAN AIR KE SELANGOR



Isu air Selangor kini sampai ke kemuncak apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberikan amaran akan membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor jika Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Pembangkang tidak meneruskan Projek Langat 2.

Bagi bakal Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menjelaskan tindakan Kerajaan Pahang itu akan merugikan Pahang sehingga RM60 juta. Tindakan ini juga pastinya menyebabkan rakyat Selangor sengsara kerana krisis air bersih yang berterusan.

Dalam krisis air bersih, keengganan Kerajaan Selangor memberi laluan kepada Kerajaan Persekutuan dalam Projek Langat 2 dijangka akan menyebabkan krisis air yang meruncing terhadap rakyat Selangor. Hasrat kerajaan supaya Projek Langat 2 itu nanti akan menampung jumlah pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam tempoh jangka panjang.

Bagaimanapun, Projek Langat 2 yang dikendalikan Kerajaan Persekutuan menerusi tender terbuka telah disalahtafsirkan Kerajaan Pakatan Pembangkang dan mengaitkannya dalam isu politik. Sedangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri mengadakan Projek Langat 2 itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah air bersih di Selangor yang kian runcing.

Terdahulu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyatakan kegembiraannya terhadap cadangan Menteri Besar Pahang, yang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah jika projek pembinaan LRA Langat 2 tidak diteruskan.

Ternyata kenyataan pemimpin Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pahang ini tidak sependapat. Ketidaksependapat terhadap kenyataan Projek Langat 2 ini menyaksikan sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang tidak mengendah krisis air bersih yang dijangka berlaku kepada rakyat Selangor pada tahun 2016.

Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang, mereka lebih suka melihat rakyat Selangor menderita daripada menjaga dan memelihara kebajikan rakyat Selangor. Selain hanya menabur janji, pemimpin Pakatan Pembangkang akan mengutuk dan menghina segala macam perancangan Kerajaan Persekutuan termasuklah Projek Langat 2 yang disifatkan sebagai projek kroni. Jika Pakatan Pembangkang bersikap sedemikian, alangkah malangnya politik Malaysia yang mana setiap tingkahlaku yang menjaga kebajikan rakyat dipolitikkan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger