Friday, September 21, 2012

BANTAHAN UMAT ISLAM DI KUCHING TERHADAP FILEM INOCENCE OF MUSLIM BERLANGSUNG AMAN



Sejajar dengan namanya Perhimpunan Aman tanpa sebarang idealogi politik, umat Islam bersatu di Kuching bersama umat Islam di Malaysia dalam mengadakan bantahan secara aman terhadap filem Innocence of Muslim.

Perhimpunan Aman yang diadakan di Masjid Bahagian Kuching dimulakan dengan Solat Hajat semoga umat Islam di dunia ini dilindungi Allah s.w.t daripada anasir dan musuh Islam yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memburukkan Islam di mata dunia.


Berhimpun hari ini atas satu tujuan iaitu membantah dengan sekeras-kerasnya penayangan dan pengedaran serta memuat naik filem Inocence of Muslim yang merupakan suatu penghinaan terhadap Nabi Muhamad s.a.w dan tidak dapat diterima oleh umat Islam di seluruh dunia.

Islam tidak pernah menyakiti hati mana-mana kaum dan agama di dunia seperti mana yang dianjurkan Nabi Muhamad s.a.w dan termaktub dalam kitab al-Quran dan hari ini kita menyaksikan bagaimana kaum Yahudi mempermainkan agama Islam dalam menaikkan kemarahan umat Islam di dunia. Perbuatan ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan suatu yang menjijikan.


Di Malaysia, perlakuan Pengerusi DAP, Ngeh Koo Ham dalam kenyataan di twitternya sememangnya mempunyai dendam dan anti-Islam yang tiada kesudahan biarpun ‘bersama’ dengan PAS. Keenganan memohon maaf biarpun didesak pelbagai pihak termasuk rakan dalam Pakatan Pembangkang, PAS langsung tidak memberi kesan. Dan, akhirnya setelah mengetahui dirinya sudah tersepit dengan mainan politik Pakatan Pembangkang dan demi kelangsungan politik DAP dalam PRU-13, akhirnya Ngeh Koo Ham dan DAP memohon maaf. Namun, semua ini sudah terlewat dan umat Islam tidak akan memaafkan Ngeh Koo Ham dan DAP.


Apa pun, umat Islam di Malaysia termasuk di Kuching pada petang tadi selepas solat Jumaat memperlihatkan bagaimana perpaduan umat Islam bersatu dalam menentang mereka yang memperlekehkan Islam dan Nabi-Nabi. Ini suatu yang harus diteruskan dalam apa jua keadaan sekiranya Islam dan kepentingan Islam dikhianati serta diperlekehkan sedemikian rupa.


Melihat kepada bantahan UMNO dan PAS terhadap filem Innocence of Muslim pada hari ini, di manakah pendirian PKR dan Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim pastinya takut untuk bercakap pasal filem Innocence of Muslim disebabkan ia dilakukan oleh Yahudi rakan seperjuangan Anwar Ibrahim.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger