Friday, September 28, 2012

BOB LOKMAN: TANDING PILIHAN RAYA SEPERTI LETAK KAKI KE DALAM NERAKA



‘Ustaz’ Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 48, menjelaskan kepada peminat-peminatnya bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya. Sebaliknya, tegas Bob Lokman lagi menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka.

Bob Lokman menyatakan demikian ketika menyampaikan syarahan agama dalam majlis Majlis Jalinan Mesra Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman.

Kenyataan Bob Lokman itu seolah-olah menggambarkan pemimpin PAS yang bertanding pilihan raya sebelum ini adalah mereka yang akan masuk neraka termasuklah Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Azizan Razak dan ramai lagi.

Bob Lokman mengakui beliau tertarik menyertai PAS bukan disebabkan perjuangan PAS dalam Islam sebaliknya tertarik dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tegas Bob Lokman, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan sebaliknya akan mencari makan dengan menyampaikan ceramah politik kepada mereka yang dahagakan kemunculannya di khalayak ramai. Keputusan berundur dari bidang hiburan disebabkan hiburan memudaratkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakan-rakan artis berhenti daripada terlibat dalam bidang hiburan ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger