Wednesday, September 5, 2012

KESAL KEJADIAN DI HADAPAN PEJABAT PKR TAPI GEMBIRA KEJAYAAN KIBAR BENDERA ‘SANG SAKA MALAYA’



Berikutan kejadian demontrasi dan serangan terhadap PKR di hadapan Pejabat Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menuduh BN mendalangi kejadian tersebut.

PKR menyifatkan kejadian yang berlaku petang tadi di hadapan Ibu Pejabat PKR itu didalangi BN walaupun secara terang ia dianjurkan sebuah NGO, Barisan Bersatu Nambikkai yang cintakan keamanan dan kedamaian. Malah, NGO itu menyifatkan Anwar Ibrahim bukan sahaja Ketua Pembangkang juga Ketua Penghasut kepada rakyat Malaysia.

Hanya bersandarkan kejadian petang tadi, PKR sifatkan BN bertindak ganas. Tetapi, Saifuddin Nasution tidak pula menyifatkan kejadian sewaktu ambang merdeka di Dataran Merdeka yang mengibarkan bendera baru Malaysia dan memijak gambar Perdana Menteri serta demontrasi BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 sebagai ganas?

Dakwaan yang mengatakan NGO itu yang memulakan pergaduhan itu ternyata satu pembohongan yang diajar Anwar Ibrahim.


Menurut Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Kalai Vanar, pihaknya terpaksa mengadakan bantahan aman berikutan tindakan terhadap isu bendera dan tidakan kerajaan Selangor yang tidak menghormati hak raja-raja sekali gus mendakwa perkara itu didalangi oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan meminta ketua pembangkang itu memberi penjelasan.

“Kami datang secara aman, tetapi dibaling telur dan fail. Ini adalah provokasi yang tercetus dari pihak mereka kepada kami.

"Kami hanya meminta penjelasan dari Anwar Ibrahim dan beliau harus memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dilakukannya yang ternyata membawa kerosakan kepada negara.

Anwar Ibrahim langsung tidak menghormati bendera malah penghinaan mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada malam sambutan merdeka itu telah dirancang dari awal oleh pihak PKR.

Kalai turut menyelar tindakan Anwar Ibrahim dan menggelarkan Ketua Umum PKR itu sebagai pengkhianat serta perosak kemakmuran negara dan mendakwanya mendalangi kekacauan yang berlaku dalam negara.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger