Sunday, September 9, 2012

KIT SIANG PERTAHANKAN MEREKA YANG KIBARKAN BENDERA SANG SAKA MALAYA



Selepas mempertahankan kedua-dua pelaku, Muhammad Ammar A Rahman dan Ong Sing Yee yang secara terang memijak gambar Perdana Menteri, Penasihat DAP itu juga mempertahankan ‘mereka’ yang ditahan kerana membawa dan membentangkan bendera Sang Saka Malaya.

Gambar boleh memberikan si pembaca melihat dan mengetahui 1001 macam gambaran yang berlaku. Dan, gambar juga boleh dijadikan bukti dalam mahkamah untuk mensabitkan satu-satu kes.

Polis telah menahan dua orang pemuda yang terlibat dalam insiden membentangkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan 31 Ogos 2012. Seperti kelaziman si pesalah, dalam soal siasat mereka sekeras-kerasnya menafikan penglibatan mereka walaupun gambar menunjukkan sebaliknya. Apakah gambar itu membohongi keadaan yang sebenarnya berlaku?

Seperti biasa Lim Kit Siang yang dahulunya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri menyifatkan kes ini telah dipolitikan. Sedangkan bukan BN yang menyoal siasat si pelaku ini sebaliknya polis. Biarpun polis yang melakukan soal siasat, tetapi BN juga yang dilibatkan bersama. Ini adalah usaha untuk mengaburi mata rakyat dan disifatkan sebagai tindaka kurang bijak.

Budaya dan hasrat DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai republik seperti mana Singapura bukan rahsia lagi. Ini kerana dalam mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, mereka (pemimpin DAP) sampai mati tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri mahupun jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Atas sebab itu, jalan terbaik ialah memperalatkan pemimpin Melayu di dalam PAS dan PKR serta rakyat Malaysia agar ‘berubah’ demi kesamarataan. Jika ini berlaku nescaya Melayu dan Bumiputera akan merempat dan mengemis di negara sendiri seperti mana yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.

Itulah hasrat DAP sebenarnya dalam perjuangan politik mereka. Hubungan atau bersama PAS dan PKR hanyalah suatu ‘ikatan’ yang boleh dilepaskan pada bila-bila masa jika tidak diperlukan lagi lebih-lebihkan sekiranya hasrat dan perjuangan mereka telah mencapai matlamat. 

2 komen:

  1. pas, pkr dan dap adalah parti2 tanpa pakatan ..pakatan yang dilaungkan sekadar mainan persepsi..tanpa daftar bermakna tanpa pakatan ~ esalhata

    ReplyDelete
  2. Kerajaan rakyat Malaysia yang diterajui bn telah berjaya mengangkat martabat Malaysia di mata dunia ..pembangkang kerajaan Malaysia sedaya upaya cuba memburukkan imej baik Malaysia ~ esalhata

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger