Sunday, September 30, 2012

KUTUK, HASUT DAN JANJI SENJATA PAKATAN PEMBANGKANG



Sebelum ini, Pakatan Pembangkang cukup takut dengan perkataan “Janji Ditepati” seperti mana yang ditunjukkan semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-55. Sekali lagi, Pakatan Pembangkang juga ketakutan apabila @NajibRazak membentangkan Bajet 2013 yang bertemakan ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.

Akibat ketakutan itu, Pakatan Pembangkang telah menggunakan senjatanya iaitu Kutuk, Hasut dan Janji untuk meraih simpati dan mengelirukan rakyat.

Dalam setiap ceramah Pakatan Pembangkang, pemimpinnya kerap ‘mengutuk’ pemimpin BN walaupun sesama agama seperti Islam, Kristian dan Buddha. Kutukan itu bersifat menjejaskan maruah pemimpin yang dikutuk dengan menyatakan sesuatu yang tidak benar dan bersifat provokasi. Sebagai contoh, @NajibRazak sendiri menjadi bahan ejekan dan kutukan melampau pemimpin Pakatan Pembangkang walaupun apa yang diperkatakan mereka itu sama sekali bohong.

Selain peribadi, pemimpin Pakatan Pembangkang juga mengutuk kerja-kerja dan dasar-dasar kerajaan yang selama ini amat diterima rakyat. Juga, projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan untu rakyat seperti Langat 2 yang kini menjadi bahan politik Pakatan Pembangkang walaupun ia dilaksanakan mengikut prosedur dan tender terbuka.

Selain kutuk, hasut atau lebih tepat lagi hasutan sememangnya sinonim dengan pemimpin Pakatan Pembangkang. Selain menerusi media sosial, hasutan Pakatan Pembangkang juga dilakukan semasa ceramah Pakatan Pembangkang yang kesemua kandungan ceramahnya bersifat menghasut terutamanya golongan belia. Hasutan ini merangkumi apa yang dilakukan kerajaan selama ini khususnya kepada belia dalam menyediakan platform untuk mendapatkan pekerjaan disifatkan sebagai janji palsu.

Janji, menjadi suatu senjata ampuh Pakatan Pembangkang. Hampir lima tahun PRU-12 berlalu dan kini bersedia menghadapi PRU-13, Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang masih belum menunaikan janji-janji manifesto PRU-12 kepada rakyat Selangor. Hanya 35 peratus sahaja janji Pakatan Pembangkang yang dilaksanakan manakala selebihnya akan digunakan untuk manifesto PRU-13.

Isu air percuma yang digembar-gemburkan Pakatan Pembangkang yang merupakan sebahagian daripada manifesto PRU-12 kini memakan diri apabila ramai di kalangan rakyat Selangor turun padang mengemukakan saman ke atas Kerajaan Selangor. Sehingga kini, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim senyap dan sunyi dengan enggan memberi komen sebaliknya berdolak-dalih bahawa itu semuanya disebabkan UMNO dan BN.
Inilah taktik dan senjata Pakatan Pembangkang yang digunakan untuk menyaingi pemimpin BN yang ketika ini di landasan betul bagi mengembalikan kegemilangan BN di hati rakyat. Pakatan Pembangkang tiada sebarang pilihan melainkan menggunakan senjata kutuk, hasut dan janji kepada rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger