Sunday, September 9, 2012

LIM KIT SIANG ARAH NAJIB RAZAK LEPAS PESALAH YANG PIJAK GAMBAR PEMIMPIN



Selepas dihina dan diperlakukan dengan sebegitu rupa hingga menyalahi adat kehidupan orang Malaysia, hukuman ‘maaf’ dan lepaskan sahaja dikenakan ke atas Muhammad Ammar A Rahman dan Ong Sing Yee. Itulah saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai suatu tindakan yang secara terang menyalahi kesalahan, hukuman tetap hukuman. Hukuman ini adalah bertujuan untuk menyedarkan di pelaku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Jika kedua-dua si pelaku ini, Muhammad Ammar dan Ong Sing Yee dilepaskan nescaya insiden seperti itu akan lebih banyak dan boleh merosakkan Generasi Y atas didikan Pakatan Pembangkang.

Tindakan memohon maaf tidak memadai dalam kesalahan yang dilakukan kedua-dua budak suruhan Pakatan Pembangkang ini. Mereka berdua dan beberapa yang masih dalam buruan polis sewajarya menerima tindakan yang setimpal. Ini kerana mereka ini makhluk yang diciptakan dengan akal dan fikiran untuk berfikir. Berbezalah jika mereka ini haiwan atau binatang yang tidak pandai berfikir.

Kenyataan Lim Kit Siang bahawa , "rakyat Malaysia kini rimas dengan tindakan kuku besi Barisan Nasional ‘double-standard’ dalam pengendalian isu ini” seolah-olah memanipulasikan keadaan. Hakikatnya, kedua-dua mereka bersalah dan sewajarnya mereka menerima hukuman yang setimpal. Kenapa pula hukuman ke atas tindakan ini disifatkan sebagai politik?

Malaysia mempunyai undang-undang dan setiap daripada warganegara Malaysia tertakluk kepada undang-undang. Itupun jika Lim Kit Siang bukan warganegara Malaysia, maka boleh dihantar pulang ke negara asal.

2 komen:

  1. Ingat namewee, yg menghina lagu Negaraku, jika dari dulu tindakan diambil, pasti peristiwa pijak gambar dan tukar bendera tidak berulang.

    Maaf boleh maaf, undang2 tetap undang. Yang salah tetap salah.

    ReplyDelete
  2. lks cam tau je pm seorang pemimpin yg berjiwa rakyat ..rakyat yg baik mempunyai pemimpin yg baik ..pm tahu denyut nadi rakyatnya yg baik2 ~ esalhata

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger