Tuesday, September 25, 2012

MAK LAMPIR MINTA MUHYIDDIN DEDAH NAMA MENTERI BESAR SELANGOR!



Akibat rasa ketakutan dalam mempertahankan Selangor menjelang PRU-13, Pakatan Pembangkang Selangor mencabar BN memperkenalkan bakal Menteri Besar Selangor jika menang PRU-13 kelak.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin atau lebih glamor dikenali Mak Lampir mendesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor sekiranya BN menang di Selangor.

Mungkin bagi pemimpin Pakatan Pembangkang desakan itu sebagai suatu ancaman kepada BN bagi menawan Selangor. Tetapi, bagi BN tindakan Pakatan Pembangkang itu memperlihatkan mereka sudah semakin terdesak dan mahu mengangkat ‘bendera putih’ akibat daripada serangan BN yang bertalu-talu ke atas mereka khususnya dalam isu yang melanda negeri Selangor.

Apakah Pakatan Pembangkang akan mencalonkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya mempertahankan Selangor? Melihat kepada keadaan semasa ketika ini, Khalid Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan jawatan itu mahupun dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang.

Pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ketika ini sangat tidak memuaskan dengan majoriti rakyat Selangor kini hanya menunggu PRU-13 untuk mengubah pentadbiran Selangor. Selain sudah muak dengan pelbagai isu di Selangor yang tiada penyelesaian seperti isu sampah, isu Talam, isu Padang PKNS, isu air bersih, isu peniaga, isu banjir lumpur, isu membelakangkan Sultan Selangor dan sebagainya yang sememangnya menampakkan kelemahan pentadbiran Pakatan Pembangkang. Juga, pemimpin Pakatan Pembangkang berpolitik 24 jam tanpa henti sehingga mengabaikan kebajikan rakyat Selangor.

Pakatan Pembangkang kini cukup takut dengan perkembangan terkini yang memihak kepada BN untuk merampas kembali Selangor. Rakyat Selangor kini sudah mula menilai keberkesanan pemerintahan Pakatan Pembangkang yang lebih banyak berpolitik daripada menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Malah masih terdapat banyak lagi janji-janji Pakatan Pembangkang yang masih ditunaikan di Selangor termasuklah isu air bersih percuma yang sering dibangkitkan Pakatan Pembangkang di Selangor dalam mana-mana ceramah politik mereka termasuk ketika berceramah di Sarawak dan Sabah.

Selepas ini, Khalid Ibrahim wajar merenung kembali masa depannya di Selangor ataupun bersara daripada politik. Dengan prestasi yang mendukacitakan, Khalid Ibrahim boleh ditafsirkan sebagai GAGAL dalam mentadbir Selangor.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger