Wednesday, September 5, 2012

MODEL SAMBILAN CINA PIJAK GAMBAR @NAJIBRAZAK SERAH DIRI



Apakah kesalahan dan salah Najib Razak terhadap model sambilan Cina sehingga sanggup memijak gambar Perdana Menteri?

Inilah persoalan yang berlegar-legar di kepala rakyat Malaysia sehingga sebilangan anak muda hari ini (merujuk kepada model sambilan) itu melakukan perbuatan terkutuk dan tidak beradab sebagai rakyat Malaysia.

Ini ada hubungkaitnya dengan DAP yang ternyata tidak senang dengan pentadbiran Malaysia yang dikuasai BN. BN yang mengamalkan pentadbiran berteraskan perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi tidak ‘sehaluan’ dengan dasar yang cuba diperjuangkan DAP yang mahu Malaysia lebih liberal sama seperti Singapura.

Semenjak gambarnya disiarkan di muka depan akhbar nasional semalam, seorang model sambilan Cina yang bermaustautin di Johor telah menyerah diri di Balai Polis Sentral, Johor. Model sambilan yang berusia 19 tahun itu dan berasal dari Taman Puteri Wangsa telah menyerah diri pada jam 11.00 pagi dengan ditemani peguamnya, Norman Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor.

Hebat sungguh DAP ini dengan membela ‘sampah’ masyarakat yang tidak beradab dengan mahu ‘membela’ tertuduh yang ternyata melakukan perbuatan demikian seperti mana yang ditunjukkan dalam video dan gambar ketika kejadian.

Model sambilan itu kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut di mana lokasi kejadian itu berlaku.

Gadis itu dikehendaki polis dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

3 komen:

  1. Ustazah PAS yang di belakang tu, senyum sahaja. Suka betul dia dengan perangai biadab budak Cina tu. Agaknya, itulah nilai nilai murni yang diajar di sekolah PASTI iaitu memijak gambar pemimpin yang dibenci.

    ReplyDelete
  2. Napa kerajaan nak simpan diorang nii lagi ? napa x buang negara jak.. menyusahkan negara saja , hum nak salahkan sapa dalam hal ni ? law ibu bapa tentu anak ni x makan ajar, law kat sekolah dah tentu xda disiplin.. bikin malu MALAYSIA saja.. coba kita pijak pic parent dia.. x tentu marah kan ? lu pikirrr la sendiri

    ReplyDelete
  3. Mengapa polis tidak menangkap rakyat awam yang memijak gambar pemimpin PR Anwar dan Khalid?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger