Sunday, September 9, 2012

NASHARUDIN TETAP AKAN DIPECAT HARI INI



Hari ini 9 September adalah penentu kepada karier politik bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebaik sahaja Majlis Syura bermesyuarat malam ini.

Ramai percaya bahawa PAS akan memecat Nasharudin atas nasihat Anwar Ibrahim kepada pimpinan PAS yang kini dinaungi golongan profesional (Anwarinas). Malah, Nik Aziz sendiri menganggap jika Nasharrudin dipecat sekalipun ia tidak akan menggugat PAS sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Sejak sekian lama bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang, PAS kini tidak lagi hanya memperjuangkan Islam bahkan juga bercita-cita ke Putrajaya. Atas sebab itu mana-mana ahli yang merosakkan cita-cita PAS untuk ke Putrajaya akan disingkirkan seperti yang berlaku ke atas Dr Hassan Ali.

Biarpun beberapa Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS negeri yang bersuara bahawa kenyataan Nasharudin itu tidak bercanggah dengan syarak mahupun garis disiplin parti tersebut sekalipun ia tidak disukai golongan Anwarinas di dalam PAS.

Nasharudin sebelum ini telah menemplak Karpal Singh dan DAP serta meminta kepimpinan Pas mengkaji semula kerjasama dalam pakatan pembangkang terutama dengan DAP.

Terdahulu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr. Haron Din menjelaskan isu Nasharudin bukan perkara besar dan beliau tidak nampak sebarang sebab Nasharudin akan dipecat.

Kebanyakan pemimpin PAS percaya bahawa kepimpinan Majlis Syura tidak akan terpengaruh dengan golongan Anwarinas yang mahukan Nasharudin dipecat.

Jika PAS tidak memecat Nasharudin pastinya Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memberontak dan menyebabkan hubungan PAS dan DAP akan retak menanti belah. Ini kerana Karpal Singh sememangnya diakui mempunyai anti-Islam yang menebal.

Berbanding PAS, DAP ternyata lebih dominan dan kuat biarpun kuasa pembuat keputusan ditentukan Anwar Ibrahim yang menjadi kuda tunggangan DAP. Lihat saja di Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR dan dilantik sebagai Menteri Besar tetapi mereka yang membuat keputusan terdiri daripada pemimpin DAP Selangor. Manakala, Anwar Ibrahim hanya menjadi kambing hitam untuk golongan Melayu yang berhaluan kiri.

1 komen:

  1. yg kutahu pas akan tetap dgn pakatan tanpa daftar ..selagi pakatan tanpa daftar, selagi itu mereka tidak sepakat .. muafakat membawa berkat buat bn dulu hingga kini ~ esalhata

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger