Thursday, September 20, 2012

NGEH KOO HAM MOHON MAAF TAPI SUDAH TERLEWAT



Takut kepada kuasa majoriti umat Islam di Malaysia, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mencetuskan kontroversi menghina tindakan umat Islam di Malaysia dalam membantah penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad s.a.w dan Islam keseluruhannya.

Ngeh Koo Ham yang sebelum ini didesak untuk memohon maaf secara terbuka bagaimanapun berkeras tidak akan melakukannya dengan menganggap apa yang dinyatakan dalam twitternya hanyalah hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.

Ketakutan Ngeh Koo Ham ada asasnya di mana PAS kini bercadang untuk ‘keluar’ Pakatan Pembangkang yang disifatkan mereka kini sebagai sudah hilang tujuan. DAP sangat mengharapkan PAS dalam mendapatkan undi orang Melayu di kawasan yang ditandingi DAP khususnya di kawasan bandar. Namun, kebelakangan ini tindak-tanduk DAP yang tidak seiringan dengan PAS menyebabkan parti berlambangkan bulan itu memikirkan kembali hubungan mereka dalam Pakatan Pembangkang.

Walaupun cubaan Ngeh Koo Ham untuk meminta maaf, namun ianya seakan-akan melepaskan batuk ditangga. Ini kerana kenyataan mempersendakan tindakan umat Islam di Malaysia berhubung filem Innocence of Muslims masih dicatatkan dalam akaun twitternya.

Koo Ham menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini).

Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti BN dan pembangkang terutama PAS yang menyifatkan Ngeh Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam. Manakala, sekutunya PKR hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang pendirian.

1 komen:

  1. Satu lagi bukti di mana sensitiviti akhirnya dapat mengatasi keegoan dan kebebasan bersuara yang terlampau.

    Kalau aspek ini difahami oleh Barat...amanlah dunia ini.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger