Sunday, September 30, 2012

NIK AZIZ: BAJET 2013 ‘MENGGULA-GULAKAN’ RAKYAT



Tersentak dengan Bajet 2013 yang dibentangkan @NajibRazak yang secara keseluruhannya terbaik dalam sejarah pembentangan Bajet dan telah berjaya memuaskan hati rakyat. Seperti biasa, Pakatan Pembangkang pastinya akan membangkang apa saja yang dibuat BN walaupun keputusan itu bertujuan membantu rakyat.

Jika Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2013 sebagai gimik politik, Nik Aziz yang tidak tahu menahu tentang ekonomi menyifatkan Bajet 2013 itu sebagai ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan alasan ianya masih bersifat kebendaan dan jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.

Apakah Bajet 2013 Pakatan Pembangkang akan membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH?

Dakwaan Nik Aziz bahawa Bajet 2013 akan menggalakkan jenayah seperti bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH. Sebagai Mursyidul Am PAS, ternyata pandangan Nik Aziz itu sempit dalam ruang lingkup dan bersifat kecewa.

Kejadian jenayah seperti mana yang dinyatakan Nik Aziz itu berlaku di mana-mana saja di negara di dunia ini. Malah, di negeri-negeri di Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang paling tinggi mencatat masalah sosial. Sebagai Menteri Besar Kelantan, apakah tindakan Nik Aziz untuk menanganinya dan adakah ia juga disebabkan BN?

Nik Aziz juga mengakui bahawa sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia  tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. Ini termasuklah DUN Kelantan yang sehingga kini membiarkan emas dan balak di Kelantan ‘dirompak’ dan masalah sosial dan jenayah meningkat saban tahun. 

2 komen:

  1. elok sgt org tua ni bersara dulunkata Tun Mahathir nak tongkat langit dgn kuasa tp diam pun lagi parah, dulu nak kereta buruk aja kini mercedes..berak lah semua duniawi, mana ada pemimpin pas dan sewaktu dgn nya yg pakai Honda ex5 tak ada, sumuanya berduit, kaya, anak anak bini berlagak, apa taiknya sebut pasal islam kat China Isla kebih ramai dari malaysia..tak pulak undi PAS , gila politik khasnya parti KY dan Aiskrim dalam jamban

    ReplyDelete
  2. si-tua nyanyuk yg mencelakakan dirinya sendiri...celako, celako, celako!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger