Saturday, September 15, 2012

NIK AZIZ TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS



Tindakan Mursyidul Am PAS, NIk Aziz Nik Mat keluar awal dari Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 9 September lepas disebabkan beliau tidak tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Mesyuarat yang hanya bermula jam 9.00 malam itu menyaksikan seluruh ahli Majlis Syura PAS hadir dan bagaimanapun Nik Aziz yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu terpaksa pulang jam 9.20 malam dan menyerahkan mesyuarat itu kepada Timbalan Pengerusi Majlis Syura PAS, Datuk Dr. Haron Din.

Sumber dalaman PAS memaklumkan Nik Aziz sangat kecewa dan malu terhadap ahli Majlis Syura PAS yang tidak memasukkan agenda Nasharudin Mat Isa ke dalam mesyuarat. Ini kerana Nik Aziz sudah memaklumkan kepada wartawan dan penyokong PAS bahawa nasib Nasharudin Mat Isa akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut.

Nik Aziz yang dikatakan sebulu dengan Karpal Singh mahu Nasharudin Mat Isa dihukum dan diambil tindakan akibat kelantangan mulutnya. Dengan hukuman itu, Nik Aziz cuba untuk mengambil hati Karpal Singh dan DAP untuk terus bersama dalam Pakatan Pembangkang dan mencapai cita-citanya untuk menuju ke Putrajaya.

Akibat tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, Nik Aziz yang asyik melihat jam di tangannya akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari mesyuarat itu.

Lebih mendukacitakan, sebagai pemimpin Islam konnnya dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menyambut dingin salam yang dihulurkan Nasharudin dengan muka memandang ke arah lain.

Demi untuk menyembunyikan keangguhannya, Nik Aziz dengan selamba keluar daripada mesyuarat dan memberikan alasan tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu. Ini bukan kali pertama Nik Aziz bermesyuarat di bilik itu dan tidak pula pernah memberikan alasan penghawa dingin sejuk.

Malah, yang membuatkan Nik Aziz marah apabila kebanyakan ahli Majlis Syura Ulama PAS mempertahan Nasharudin. Manakala, bagi golongan Anwarinas, mereka mengharapkan Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger