Thursday, September 6, 2012

PENIAGA PADANG KOTA LAMA DITINDAS KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG



Seakan-akan tiada kesudahannya, sekali lagi peniaga di Pulau Pinang dinafikan haknya untuk berniaga walaupun telah berniaga di Padang Kota Lama sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Setelah beberapa kali aduan dan pelbagai macam cara dibuat dan gagal, sekumpulan 20 peniaga Padang Kota Lama yang terlibat telah datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP Pulau Pinang di Balai Rakyat Jalan Patani.

Kehadiran peniaga itu bagaimanapun disambut dengan hadangan dan halangan daripada memasuki kawasan berkenaan yang kononnya Rumah Terbuka Aidilfitri itu hanya dibuat kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang sahaja.

Begitupun, mereka datang ke situ bukannya mahu makan sebaliknya mahu masalah mereka diatasi segera. Ini kerana selama ini kepimpinan kerajaan Pulau Pinang gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Walaupun telah lama menunggu, peniaga itu tetap sabar dan kesabaran itu ada batasnya apabila perhimpunan itu bertukar kecoh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab enggan berjumpa dengan sekumpulan peniaga terbabit.

Walaupun majlis hanya bermula jam 8.30 malam, dikatakan barisan Exco Kepimpinan Negeri mula beredar sejam kemudian pada jam 9.30 malam.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger