Monday, September 10, 2012

SAH! SUARAM DAPAT DANA DARI LUAR NEGARA BIAYAI KEGANASAN DI MALAYSIA



Jika sebelum ini, SUARAM mendiamkan diri ekoran desakan pelbagai pihak yang mahukan NGO itu disiasat atas kesalahan menerima dana asing bagi membiayai aktiviti-aktiviti keganasan di Malaysia.

Hasil siasatan terperinci mendapati SUARAM telah menerima dan mendapat dana daripada kedutaan Jerman. SUARAM atau sebenarnya Suara Inisiatif Sdn Bhd sebuah syarikat.

Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber mengesahkan kenyataan bahawa kedutaan Jerman telah membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.

“Projek dengan SUARAM adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam siasatannya mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan SUARAM.

Selain SUARAM, kedutaan Jerman mengakui mereka turut menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi.

Apa pula tindakan SSM selepas ini setelah mengetahui SUARAM dibiayai kedutaan Jerman?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger