Tuesday, September 25, 2012

SAIFUDIN NASUTION CUBA KELIRUKAN RAKYAT DALAM DANA ASING



Akibat tertekan dengan desakan rakyat terhadap campur tangan asing dalam beberapa agensi dan NGO’s Malaysia, Setiausaha PKR Saifudin Nasution Ismail menyelar tindakan itu tidak berasas dan bermotifkan mahu memburukkan PKR dan Pakatan Pembangkang.

Ini susulan daripada tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai wujudnya campur tangan kuasa asing membantu pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan.

Apakah rakyat tidak sedar bahawa adalah bodoh dan ruginya pemberi (George Soros) tidak mahu mendapatkan apa-apa hanya sekadar memberi? PKR dan Pakatan Pembangkang atau Malaysiakini juga SUARAM bukanlah Pusat Kebajikan Masyarakat yang memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan.

Kini, secara terang Ketua Eksekutif Malaysiakini mengakui menerima dana asing daripada NED yang diterajui George Soros. Manakala, SUARAM kini terpaksa meminta bantuan SUHAKAM akibat tidak tahan dengan desakan pihak berkuasa untuk menyiasat dana yang diperolehi mereka bagi meneruskan operasi di Malaysia.

Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut untuk disiasat. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

1 komen:

  1. bodoh orang ni kan ada perpatah ada ubi ada batas takan jawapan nya tak ada apa-apa balas.......

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger