Wednesday, September 5, 2012

SEBAHAGIAN KEPIMPINAN ULAMA PAS KINI BERSAMA @NAJIBRAZAK?



Inilah yang memeningkan kepala pemimpin ulama PAS khususnya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Fenomena Nasharudin kini melanda PAS berbanding fenomena Dr Hassan Ali suatu ketika dahulu.

Hanya sekeping gambar, ketika Nasharudin bersama Najib Razak di Mekkah dalam sidang OIC di Mekah, pemimpin ulama PAS mengelabah hingga memberikan persepsi buruk kepada Nasharudin. Sedangkan hakikatnya, perjumpaan Nasharudin dan Najib Razak dengan sekumpulan cendikiawan dan pemimpin Islam di Mekah disifatkan sebagai politik. Sempit sungguh pemikiran ulama PAS ini.

Bagi PAS, semua perilaku pemimpinnya kini diperhatikan termasuklah gambar Nasharudin dan Najib Razak yang kelihatan mesra berbincang dengan pemimpin dan cendiakawan Islam di Mekah. PAS hanya melihat dari sudut politik dan tidak dari sudut kepentingan agama Islam itu sendiri.

Mengapa tidak dilihat dari sudut hidayah Islam apabila Nasharudin sanggup berada dalam saf yang sama dengan Perdana Menteri semasa pertemuan muhibah bersama para ulama Arab Saudi tersebut?

Bagi pemimpin PAS yang melihat gambar di atas, pastinya mereka cuba mempercayai bahawa perbincangan lebih berkisar kepada politik Malaysia dan pandangan dunia terhadap PAS. Itulah pemikiran sempit PAS.

Hakikatnya, banyak isu besar yang dibincangkan antara pemimpin-pemimpin Islam termasuklah isu konflik pergolakan di Syria dan kekejaman junta Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Bagaimanapun, tidak semua ulama dalam PAS yang bersikap dan bersifat seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz yang lebih mementingkan jawatan dan politik ke Putrajaya daripada Islam itu sendiri.


Nasharudin membawa imej politik sederhana berbanding fahaman politik yang membudaya semangat kebencian.

Berikut antara petikan sokongan terbuka yang diterima oleh Nasharudin daripada sebahagian pemimpin PAS di seluruh negara.

Beliau ialah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan walaupun beliau dilihat mengambil pendekatan menongkah arus dalam mempertahankan maruah PAS. Mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakan beliau kebelakangan ini yang dilihat cukup lantang, tetapi untuk menidakkan sumbangan yang boleh dimainkan Nasharudin adalah tidak wajar. (27 Ogos 2012)

NOR AZMI MUSA
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak


SAYA sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan PAS."(27 Ogos 2012)

DATUK HARUN TAIB
Ketua Dewan Ulama PAS


SAYA sebenarnya yakin pada mesyuarat Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 9 September ini iaitu mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak pihak yang mahu mengetepikan Nasharudin.

Dengan kata lain tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharudin dalam PAS."(28 Ogos 2012)

DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED
Pesuruhjaya PAS Johor


Saya bukannya hendak kata yang saya sokong Ustaz Nasharudin atau tidak, tetapi adalah tidak adil untuk kita menghukum beliau hanya berdasarkan apa yang kita lihat melalui media. Beliau juga berhak untuk mempertahankan diri dan menjelaskan apa yang berlaku kepada Majlis Syura Ulama PAS."

"Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya."(28 Ogos 2012)

MUHAMAD ZIN ABDUL RAHMAN
Ketua Dewan Ulama PAS Selangor


Dari segi rekod, Nasharudin memang sangat rapat dengan Allahyarham Datuk Fadzil Noor (Presiden PAS pada akhir 1990-an), malah beliau telah dibawa masuk dan dididik oleh arwah untuk menjadi pemimpin PAS. Harapan saya, dia sepatutnya boleh diberi ruang lagi kerana kelebihan yang dia ada.

"Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharudin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan PAS terbuka untuk sesiapa sahaja."(28 Ogos 2012)

MOHD. NOR HAMZAH
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu


PAS tidak akan meminggirkan sesiapa, perkara ini terpulang kepada individu masing-masing yang sanggup berkhidmat."(28 Ogos 2012)

NIK ZAWAWI NIK SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS


Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti supaya mengkaji semula hubungan dengan pakatan (pembangkang) sehingga mencetuskan polemik bukan satu kesalahan.

Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan.

Nasharudin kekal relevan dengan Pas walaupun tewas pada pemilihan muktamar lalu kerana Ahli Parlimen Bachok itu masih ahli parti dan Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang kepada perjuangan Pas."(29 Ogos 2012)

DATUK DR. HARON DIN
Timbalan Mursyidul Am PAS


KITA berharap isu ini (melibatkan Nasharudin) akan diselesaikan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama (pada 9 September ini) kerana ia telah lama berlarutan. PAS perlu lebih fokus kepada isu-isu yang lebih besar.

PAS Negeri Sembilan juga akan menyuarakan pandangan pada mesyuarat itu."(30 Ogos 2012)

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

2 komen:

  1. Melayu2 bertaraf ulama ni banyak bercakap je lepas tu diam senyap sunyi....kita harus bertindak untuk membolehkan orang melayu islam ini terus kuat, bukannya lebih berpecah kerana ucapan ucapan mereka ini....semuanya kerana takut orang cakap mereka tidak ambil peduli hal ehwal umat islam, jadi cakaple sebarang sebatah dua lepas itu duduk rumah makan tidur...sambil tengok tv .....

    ReplyDelete
  2. Jalan yang baik adalah masuk je dalam UMNO buangkan ego keparat mereka itu, kerana UMNO sahaja yang konstan berjuang mempertahankan Ugama Bangsa dan Negara, tapi mereka2 ini belagak sombong kerana egoistik lebih tinggi dari kepentingan ugama sendiri, malang sungguh umat melayu yang mempunyai ulama2 begini, yang lebih baik diiktiraf sebagai ulama bisu.....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger