Wednesday, September 12, 2012

TIAN CHUA AKUI SOROS BIAYAI PKR, MALAYSIAKINI DAN INSTITUT KAJIAN DASAR



Akibat daripada pendedahan terhadap penyelewangan dana yang diterima pemimpin kanan PKR daripada George Soros, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam telah dipecat daripada PKR.

Umum mengetahui, siasatan terperinci mendapati George Soros pernah membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Lantaran itu apakah benar George Soros membiayai PKR, Malaysiakini dan Institut Kajian Dasar?

Perkara ini telah diakui dan disahkan sendiri Naib Presiden PKR, Tian Chua sewaktu beliau bersama dengan Lokman Noor Adam ketika ditahan di dalam lokap atas kesalahan Akta ISA.
Tian Chua yang pernah menjadi Pengarah SUARAM pada tahun 2003 telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden PKR, Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong.

Hasil daripada pertemuan itu, George Soros telah memberikan dana kepada PKR dan telah menggunakan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menempah bahan kempen pilihan raya dari China.

Sumbangan dana ini tidak hanya berlaku pada 2003 bahkan sehingga kini George Soros masih memberikan peruntukan kepada PKR. Ini turut diakui oleh beberapa pemimpin tertinggi PKR.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger