Tuesday, October 16, 2012

ADA AHLI PARLIMEN SARAWAK SERTAI PAKATAN PEMBANGKANG PRU-13 INI



Suasana politik Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta Sabah berbeza dan ini diakui sendiri oleh kepimpinan BN. Ini terbukti apabila PRN Sarawak 2011 menyaksikan BN sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir kira-kira 5 tahun lagi sebelum PRN 2016 diadakan akan datang.

Walaupun beberapa kerusi DUN Sarawak teah ditawan Pakatan Pembangkang khususnya DAP dan PKR, namun hakikatnya sokongan rakyat terhadap BN masih lagi utuh biarpun Pakatan Pembangkang telah menyerang Sarawak dengan habis-habisan sehingga mengakibatkan rakyat Sarawak terkejut menerima landskap politik yang keras dan ganas yang ditunjukkan Pakatan Pembangkang.

Biarpun PRN Sarawak 2011 telah berlalu dan kini bila-bila masa saja PRU-13 akan diadakan, kempen politik Pakatan Pembangkang masih membawa isu yang sama biarpun rakyat kini sudah mengetahuinya dari awal dengan semua ini suatu pembohongan. Sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Pembangkang yang kini semakin menurun akibat semakin banyak pembohongan Pakatan Pembangkang yang telah berjaya dibongkarkan BN.

Penyakit 16 September yang dihasilkan Anwar Ibrahim dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri kini mula menusuki Sarawak hasil daripada pembawanya Anwar Ibrahim ketika datang dan berceramah politik sejak kebelakangan ini. Perletakan jawatan Lajim Ukim sebagai Menteri dan keluar UMNO telah menjadi inspirasi Pakatan Pembangkang untuk menabur virus itu ke Sarawak.

Dalam beberapa siri ceramah Pakatan Pembangkang yang pernah diadakan sebelum ini di Sarawak, pemimpin Pakatan Pembangkang terutamanya PKR mendakwa ada beberapa pemimpin BN akan menyertai Pakatan Pembangkang terutamanya PKR. Persoalannya, siapakah Ahli Parlimen BN yang dikatakan mahu melompat parti dan menyertai PKR atau PAS dalam Pakatan Pembangkang.


Sebelum ini Pakatan Pembangkang mewar-warkan Ahli Parlimen yang mereka maksudkan itu ialah Ahli Parlimen P.193 Santubong Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof. Bagaimanapun, Datuk Fadillah Yusof menyifatkan dakwaan Pakatan Pembangkang itu sebagai keterlaluan dan bersifat kotor.

Taktik kotor Pakatan Pembangkang itu bagaimanapun segera dibidas Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang menyifatkannya sebagai ketandusan idea untuk memburuk-burukkan BN dan menyebabkan mereka menggunakan serangan peribadi. Taktik kotor ini adalah usaha untuk meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Selain taktik kotor, tindakan itu juga merupakan langkah pembangkang untuk menimbulkan kekeliruan dalam parti komponen BN dan juga rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tindakan mereka ini memang tidak boleh diterima. Apa yang mereka lakukan ini tidak lagi untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi lebih kepada serangan peribadi. Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat kerana pelbagai rancangan pembangunan sedang dan akan terus dilaksanakan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger