Sunday, October 7, 2012

‘ANAK’ HARAM @ HALAL?



Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa ANAK ialah sebuah pertubuhan halal dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam kenyataannya terhadap dakwaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, ROS menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman mengesahkan ANAK haram dan rekod di ROS menunjukkan ANAK tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi, jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah.

Apakah Mazlan Aliman yang juga Ahli Jawatankuasa PAS itu berbohong? Jika sebelum ini, Mazlan Aliman hanya bermain kenyataan di media, tetapi dengan penjelasan Ketua Pengarah ROS menunjukkan ANAK sebuah pertubuhan tidak berdaftar dan HARAM.

Walaupun telah aktif sejak tahun 2007 yang ditubuhkan atas matlamat politik, ternyata sepanjang keaktifannya, ANAK hidup dalam dunia HARAM dan tidak sah.

Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.

Sebelum ini, Mazlan Aliman menuduh Datuk Ahmad Maslan menyerang ANAK dengan isu basi. Dan, oleh kerana  tidak tahan dengan serangan berasaskan fakta, Presiden ANAK mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya beliau boleh mendedahkan status sebenar ANAK dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.

Dalam rekod ROS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia,  Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.

Menerusi kenyataan Mazlan Aliman, ANAK merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda. Tetapi, kini matlamat utamanya adalah untuk kesejahteraan politik Pakatan dalam usaha mencari sebanyak mana sokongan peneroka FELDA. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger