Sunday, October 28, 2012

ANWAR IBRAHIM HENTAM SOI LEK HINA ISLAM




Jika sebelum ini Anwar Ibrahim terkenal dengan sikapnya yang menyokong kepimpinan Yahudi dan Kafir serta kerap kali menentang hokum Islam, tetapi kali ini demi mahu bersatu hati kesemua pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya PAS, Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.

Apakah Anwar Ibrahim tidak pernah menghina Islam? Juga, menghina hokum Islam? Malah mempersendakan kesucian agama Islam dengan menganggap undang-undang LGBT di Malaysia sudah tidak lagi relevan sehingga mahu menghalalkan LGBT yang kini semakin menular di Malaysia.

Hanya bersandarkan kenyataan ini “pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam”.

Agaknya sebab itu Anwar Ibrahim benar-benar mahu menjadi hero dengan memansuhkan atau meminda undang-undang LGBT supaya industri seks Negara kian meningkat seperti mana yang dilaksanakan Selangor ketika ini.

Kenapa sebelum ini Anwar Ibrahim yang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Island an hukumnya, pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu diam membisu? Apakah mereka ini takut kepada Anwar Ibrahim yang kini semakin digeruni menjelang PRU-13 dek kerana kebijaksanaannya berbohong dan memanipulasi fakta?

Anwar Ibrahim hina Islam, tetapi tiada seorang pun pemimpin PAS yang bersuara! Kenapa?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger