Wednesday, October 17, 2012

ANWAR IBRAHIM MAHU JELAJAH NEGERI TERANG KEKELIRUAN LAPORAN AUDIT



Mengambil pengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan yang dipecat, Anwar Ibrahim mahu mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat akan kekeliruan dalam Laporan Ketua Audit 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Menggunakan tema simpati kepada rakyat, Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan cuba melindungi sesetengah pihak dalam Laporan Ketua Audit 2011 itu.

Bekas Menteri Kewangan yang dipecat itu cuba menjadi ‘hero’ dengan mengatakan Pakatan Pembangkang telah meneliti laporan itu dan melihat berbilion duit hilang, ia dipadamkan begitu saja. Untuk menjadi hero, seseorang itu kena pandai putar belit alam.

Pakatan Pembangkang akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi memberikan penerangan berhubung Laporan Ketua  Audit 2011. Tujuannya, hanya satu iaitu memberikan gambaran buruk terhadap Laporan Ketua Audit 2011 biarpun pelaksanaannya telah dilakukan mengikut prosedur.

1 komen:

  1. Tiada siapa yg dapat menandingi kemunafikan anuar kecuali nik ajis.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger