Monday, October 8, 2012

DAP SELANGOR KINI MENUJU KEGELAPAN



Selepas PKR Cabang Batu Arang kehilangan ahli-ahli PKR dan hanya menunggu masa saja untuk cabang PKR itu dibubarkan, komponen sekutu Pakatan Pembangkang, DAP pula melakukan kejutan. Jika selama ini rakyat Malaysia hanya mendengar ahli-ahli PKR dan PAS bertindak keluar parti, tetapi kini Jawatankuasa DAP Sepang bukan sahaja keluar parti bahkan mengisytiharkan DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek dibubarkan. Itu suatu berita yang mengejutkan ramai pihak termasuk pimpinan tertinggi DAP.

Difahamkan bukan sahaja DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek yang dibubarkan tetapi juga menarik balik penubuhan enam (6) cawangan baharu yang dicadangkan penubuhannya sedikit masa lagi. Antara 6 Cawangan DAP yang ditarik balik permohonan penubuhannya ialah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu dan Taman Sri Sungai Pelek (B) yang keseluruhannya dianggotai kira-kira 400 ahli.

Pembubaran kesemua 7 cawangan DAP di Sepang telah mendapat persetujuan jawatankuasa serta ahli DAP di kawasan Sepang yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli pucuk pimpinan negeri Selangor. Dengan tindakan ini, DAP Pusat sedia maklum bahawa mereka sudah bosan dengan permainan politik DAP yang lebih banyak mengutamakan politik berbanding menjaga kebajikan rakyat.

Dengan pembubaran DAP Cawangan Sepang bermakna mereka ini bergantung harap dengan keikhlasan BN untuk menjaga kebajikan mereka yang selama ini terbiar tanpa sebarang pembelaan. Mereka percaya hanya BN saja yang benar-benar membela rakyat dan mereka mengakui selama menjadi ahli DAP, tiada satu pun manfaat yang mereka perolehi termasuklah janji-janji PRU 2008 yang disifatkan mereka sebagai manis di bibir sahaja.

1 komen:

  1. ....teraba raba mencari cahaya yg tak kunjung tiba.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger