Thursday, October 11, 2012

DEMI DAP MAHFUZ OMAR SANGGUP LEPASKAN NASHARUDIN BERSAMA UMNO



Akibat mulut yang lancang dan lantang, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar merelakan Nasharudin untuk bersama dengan UMNO jika berasakan parti itu lebih sesuai dengan dirinya.

Sebagai komponen Pakatan Pembangkang bersama DAP dan PKR, PAS tidak boleh membelakangkan mereka sebaliknya boleh membelakangkan Ahli Majlis Syura yang dilihat tidak berfungsi ekoran ketidaksanggupan mereka membincangkan isu Nasharudin Mat Isa dalam mesyuarat bulan lepas sehingga menyebabkan Nik Aziz merajuk dan keluar awal.

Jika Nasharudin Mat Isa mahu bekerjasama dengan UMNO, PAS tidak mempunyai masalah jika selama ini UMNO menjadi pilihannya. PAS tetap dengan pendiriannya untuk bekerjasama dan bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang.

Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Penolakan pemimpin PAS terhadap kenyataan Nasharudin itu sangat aneh kerana Islam tidak mengajar umatnya berfikiran sedemikian. Jika pemimpin PAS menolak Nasharudin, demi Islam pemimpin UMNO menerima Nasharudin dengan penuh terbuka tanpa sebarang prejudis.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger