Thursday, October 11, 2012

DEMI KUASA POLITIK NIK AZIZ TETAP AKAN BERSAMA DAP



Walaupun Nasharudin menyifatkan hubungan PAS dengan DAP dan PKR sebagai hanya mementingkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz langsung menganggap ia sedikitpun tidak menghalang kerjasama dan hubungan PAS dengan kedua-dua komponen Pakatan Pembangkang itu.

Demi kuasa politik untuk mencapai kemenangan dalam PRU-13, Nik Aziz tetap menganggap kerjasamanya dengan DAP dan PKR sebagai suatu keperluan. Memperjuangkan Islam masih ada dalam diri PAS cuma ia diletakkan di tempat ke dua.

Sebelum ini bukan sahaja Nasharudin yang menyifatkan hubungan PAS dengan DAP itu sebagai membelakangkan perjuangan Islam bahkan Dr. Hassan Ali yang dipecat PAS juga lantang mengkritik PAS. Malah, bukan mereka berdua sahaja bahkan dipercayai ramai hali-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan hubungan PAS dan DAP walaupun parti anti-Islam itu tidak menganggu PAS.

Kebelakangan ini ramai ahli dan pemimpin PAS yang mengutuk kepimpinan tertiggi PAS yang menjalinkan hubungan dengan DAP yang dianggap sebagai HARAM dan membelakangkan Islam. Ini sangat menghairankan Nik Aziz yang sebelum ini pernah mengecam pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai anti Islam.

Menurut Nik Aziz, kejadian pemimpin dan ahli PAS bersikap demikian disebabkan mereka tengok televisyen, dengar radio dan baca suratkhabar UMNO dan BN sehinggakan terbawa-bawa kepada penentangan PAS secara dalam. Ini membuatkan PAS semakin lemah bukan disebabkan UMNO dan BN, tetapi disebabkan pemimpin PAS sendiri.

Kini, musuh PAS bukan UMNO dan BN, sebaliknya datang daripada dalam PAS sendiri. 

1 komen:

  1. n.ajis semakin tertekan dan gila.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger