Tuesday, October 16, 2012

DI MANAKAH BANTUAN PEMIMPIN PAS DAN PKR KEPADA PENDUDUK KPG MATAHARI NAIK?



Sehingga semalam, tiada seorangpun pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahupun Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang yang membantu penduduk Kampung Matahari Naik dalam menyelesaikan kemelut mereka sehingga dipaksa berpindah dan mengosongkan tanah milik mereka.

Sebaliknya, hanya pemimpin BN yang juga ADUN Bayan Lepas, Syed Amerruddin Syed Ahmad yang hadir ketika penduduk Kampung Matahari Naik sedang berhimpun bagi menuntut pemilik tanah menyediakan rumah baharu dan memberi pampasan setimpal sebelum diarah berpindah.

Mahkamah telah memutuskan untuk melanjutkan notis berpindah bagi penduduk Kampung Matahari Naik sehingga 18 November ini. Mengikut tarikh asal, penduduk telah diminta untuk mengosongkan tanah tersebut sehingga 15 Oktober 2012, semalam.

Berdasarkan situasi yang berlaku, pemilik tanah asal telah menjual tanah tersebut kepada pihak persendirian dengan harga RM800,000. Dan, pemilik persendirian itu telah menghantar notis kepada penduduk Kampung Matahari Naik yang telah mendiami tanah tersebut sejak 30 tahun lalu sejak Mei 2011.

Dalam tempoh tersebut, penduduk telah berjumpa dengan beberapa orang wakil rakyat Pakatan Pembangkang termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Namun, semuanya bersikap dingin dan ada yang langsung tidak mahu mendengar permasalahan mereka. Inikah yang dikatakan wakil rakyat?

Menurut wakil penduduk, Muhammad Said, mereka telah cuba unutk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan keputusannya sangat mendukacitakan.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui kebanyakan penduduk merupakan ahli UMNO dan BN, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang terus meminggirkan dan tidak memperdulikan langsung permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka adalah kerajaan yang mentadbir untuk semua pihak dan bukan anggota parti politik tertentu sahaja. Jika melihat keanggotaan ahli parti, ada di kalangan penduduk Kampung Matahari Naik itu merupakan ahli parti PAS dan PKR. Kenapa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang bersikap demikian?

Manakala, Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk membantu penduduk tetapi kemudian memberitahu beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Jika itu jawapannya, lebih baik tidak payah jadi Ahli Parlimen atau wakil rakyat.

1 komen:

  1. Yg ko pegi pangkah DAP buat ape... padan ngan muka korang....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger