Sunday, October 7, 2012

HANYA PAS KEDAH SANGGUP TERIMA MAT SABU?



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dijangkakan akan kembali bertanding pada PRU-13 akan datang setelah tewas pada PRU-12 yang lepas. Bagaimanapun, sehingga kini hanya PAS Kedah sahaja yang menerima Mat Sabu manakala negeri-negeri lain masih lagi membisu.

Sebelum ini Mat Sabu tewas di Kuala Terengganu dalam PRU 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Mat Sabu terkenal dengan calon lompat negeri kerana pernah bertanding dalam PRU 1990 di Parlimen Nilam Puri, Parlimen Kubang Kerian dalam PRU 1995, Parlimen Kuala Kedah dalam PRU 1999 dan PRU 2008 di Kuala Terengganu.

Kesudian PAS Kedah menerima Mat Sabu pada PRU-13 nanti disebabkan beliau pernah bertanding dan menang PRU 1999 di Parlimen Kuala Kedah. Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menegaskan PAS Kuala Kedah tidak mempunyai masalah untuk menerima Mat Sabu. Kalah atau menang itu kemudian cerita.

Mat Sabu kini berminat untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang pada PRU-13 setelah gagal menjadi Yang Berhormat pada PRU 2008. Kesediaan Mat Sabu untuk bertanding di Kedah ekoran daripada krisis dalaman PAS Kedah membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi, turut dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menempatkan Timbalan Presiden itu bertanding di Kedah pada PRU-13.

Walaupun Menteri Besar Kedah, Azizan Razak mengalu-alukan kehadiran Mat Sabu di Kedah sebagai Timbalan Presiden PAS, hakikatnya Mat Sabu tiada dalam perancangan PAS Kedah. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger