Thursday, October 11, 2012

HARUN TAIB SEPENDAPAT DENGAN NASHARUDIN MAT ISA



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul. Islam perlu jadi perkara utama manakala hal-hal lain perlu jadi perkara susulan.

Semalam, Nasharudin Mat Isa mengingatkan PAS agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi banyak pihak sehingga ada andaian menyatakan PAS telah lari dari perjuangan asal.

Berbeza dengan pemimpin PAS lain seperti Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang ternyata bengang dengan kenyataan Nasharudin yang mempersoalkan PAS hari ini sudah tidak lagi relevan dengan perjuangan Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger