Thursday, October 25, 2012

HINA ISLAM: KARPAL SINGH BAGAIMANA?



Atas keterbukaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengeluarkan kata-kata yang dianggap pemimpin PAS dan PKR sebagai menghina Islam, PAS telah menyerang bertubi-tubi pemimpin veteran itu.

Persoalan di sini, untuk sama-sama adil, PAS dan PKR perlu juga membidas kenyataan Karpal Singh yang sebelum ini secara terang menghina Islam khususnya dalam hukum hudud dan negara Islam dengan meminta maaf. Malah dengan angkuh, Karpal Singh meminta PAS supaya melupakan pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam biarpun menang PRU-13 kelak.

Seperti biasa, PAS dan PKR yang terkenal dengan lakonan kepada rakyat menidakkan kenyataan Pengerusi DAP itu sebaliknya membuka bicara tentang kata-kata dan kenyataan Dr Chua Soi Lek semasa perasmian perhimpunan perwakilan MCA baru-baru ini.

Dengan lagak berani dan tidak menampakkan kesalahan ke atas ahli-ahli PAS dan umat Islam di Malaysia atas kebiadapan Karpal Singh, Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Dengan angkuh juga PAS dikatakan mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf. Itu satu lagi sandiwara PAS yang selama ini demar mencetuskan huru-hara di dalam negara seperti yang pernah ditunjukkan mereka dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.

Sehingga kini, PAS dan PKR masih berdiam diri dengan kenyataan Karpal Singh sebaliknya memfokuskan kepada isu Dr Chua Soi Lek. 

1 komen:

  1. sebenarnya pemimpin2 pas yg bodoh dan tuli kerana tidak mendengar pendapat dr majoriti org2 Islam di negara ini demi kepentingan kedududkan utk menang dalam pilihanraya

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger