Wednesday, October 3, 2012

ISU GENDER: WAN AZIZAH ‘MANGSA’ MAIN BELAKANG PAKATAN PEMBANGKANG



Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang sebelum ini dengan lantang kononnya mahu memperjuangkan kepimpinan wanita. Namun, menjelang penghujung penggal ke-12 Parlimen, ternyata memperjuangkan kepimpinan wanita hanyalah omong kosong. Manakan tidak, Pakatan Pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak dikota.

Kini, isu kepimpinan wanita atau lebih tepat lagi isu gender dalam kerajaan kembali diungkit semasa perbahasan sidang Dewan Rakyat bagi penggal terakhir sebelum PRU-13. Membangkitkan isu ini seperti membaling najis di muka sendiri apabila Pakatan Pembangkang hanya "cakap tidak serupa bikin".

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri menegaskan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) sewajarnya melihat dalam Pakatan Pembangkang sendiri yang dengan mudah menyingkirkan wakil rakyat wanita untuk memberi laluan kepada pemimpin lelaki.

Lihat bagaimana demi kepentingan kaum lelaki (suami), isterinya (Wan Azizah) sanggup dikorbankan demi kelangsungan politik Anwar Ibrahim sebaik sahaja ‘suci’ daripada tempoh penggantungan peraturan pilihan raya. Walaupun menang, tindakan itu sebenarnya mempermainkan kepercayaan rakyat tehadap Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.

Adakah ini adil untuk wanita? Ini mengurangkan bilangan kita sebagai wanita dalam Parlimen?

Nancy juga menegaskan kerjaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kerajaan berakhir disebabkan tindakan wakil rakyat wanita pembangkang sendiri yang mengaitkan isu 'lembu' dengan bekas menteri itu. Tuduhan ini merujuk kepada Mak Lampir atau Zuraida Kamarudin yang telah dipertanggungjawab menjaja isu NFC dan Shahrizat ke setiap ceruk rantau. Ketaksuban itu membuatkan Shahrizat mendapat pahala berlipat kali ganda akibat fitnah berterusan Pakatan Pembangkang termasuk Mak Lampir.


Dalam isu Wan Azizah, Pakatan Pembangkang mempunyai banyak pilihan dan kenapa memilih Wan Azizah? Apakah itu disebabkan Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim yang senang diperlekehkan seperti mana yang dilakukan Anwar Ibrahim dalam isu khalwat bersama Chinadoll dan jam Omega.

PKR mempunyai pilihan untuk menaikkan Anwar iaitu sama ada 'mengorbankan' wanita atau meminta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim berundur kerana sudah menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok.

Demikian juga isu sumpah cerai isteri dengan talak tiga yang dikaitkan wakil rakyat PAS jika lompat parti. Demi keutuhan PAS, pemimpin mereka sanggup menceraikan isterinya dengan talak 3 jika melompat parti. Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?

Hebat sungguh permainan Pakatan Pembangkang yang kini sudah semakin hilang kreadibiliti akibat terlalu yakin menawan Putrajaya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger