Tuesday, October 9, 2012

KARPAL SINGH TETAP MAHU SAMAN NASHARUDIN



Berlagak sebagai peguambela dan mempunyai pengalaman luas dalam perundangan, Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan angkuh mahu menyaman dan meneruskan prosiding fitnah terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Karpal Singh juga menegaskan kelewatannya meruskan prosiding menyaman fitnah terhadap Nasharudin disebabkan kekangan masa dan kerja. Walau bagaimanapun, beliau tetap akan meneruskan prosiding itu biarpun berhadapan dengan rakan Pakatan Pembangkang, PAS.

"Saya ada banyak masalah dan kerja di mahkamah, ikut undang-undang saya ada masa selama enam tahun untuk membuat perkara itu (saman fitnah)," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Karpal Singh pada Ogos lalu telah memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataannya berhubung isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya sebelum ini.
Kelewatan Karpal Singh meneruskan prosiding membuatkan Nasharudin berasakan Karpal Singh sudah rasa bersalah. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger