Wednesday, October 17, 2012

KENYATAAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG BERBEZA-BEZA



Anwar Ibrahim menyatakan pembangkang tidak menolak pembangunan dalam isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor namun berpendirian bahawa nasib rakyat jangan sesekali diabaikan. Beberapa kampung yang berada di lokasi projek Rapid itu kini terjejas akibat daripada projek berkenaan.

Berbeza pula kenyataan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng ketika Himpunan Hijau Pengerang pada 30 September lalu yang dilaporkan berkata, Pakatan Pembangkang akan menghentikan projek Rapid sekiranya gabungan tiga parti itu mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan itu berbeza dengan pendirian PAS seperti dinyatakan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub yang mengakui kelebihan projek itu tetapi membantah tindakan pengambilan tanah di kampung tradisi masyarakat Pengerang.

Segala dakwaan Pakatan Pembangkang itu dinyatakan secara membuta tuli dan bersifat politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib rakyat dalam setiap pembangunan yang dirancang. Kerajaan turut menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan kepada penduduk Pengerang.
“Selain daripada pembangunan, kerajaan turut memberikan pampasan, menyediakan rumah dan tanah kepada penduduk setempat. Malah kawasan perkampungan itu, akan lebih tersusun dengan pelaksanaan projek yang dirancang oleh kerajaan

Ternyata, Pakatan Pembangkang menghentam kerajaan tanpa fakta sedangkan semua permasalahan yang dinyatakan Pakatan Pembangkang terhadap Projek RAPID itu telah diambil perhatian dan tindakan selanjutnya. Manakala, kenyataan Pengerusi PKR Johor itu hanyalah mahu menuju ke Putrajaya sahaja tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan pembangunan setempat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger