Friday, October 19, 2012

KERAJAAN @NajibRazak SISIHKAN SARAWAK DALAM BAJET 2013



Dakwaan Pakatan Pembangkang Sarawak bahawa Sarawak disisihkan dalam pembentangan Bajet 2013 adalah bertujuan buruk untuk memburukkan Kerajaan sedia ada pimpinan @NajibRazak. Ini kerana Bajet 2013 yang dibentangkan itu bukan saja merangkumi keseluruhan golongan yang menerima manfaat, tetapi juga meliputi keperluan semua negeri di Malaysia termasuk negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang.

Selain berniat jahat, Pakatan Pembangkang juga cuba untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Bajet 2013 BN yang semakin diterima rakyat. Untuk itu, Pakatan Pembangkang tiada cara lain kecuali mencari jalan untuk memberitahu rakyat bahawa Bajet 2013 Pakatan Pembangkang lebih baik daripada Bajet 2013 yang dibentang @NajibRazak.

Bagi meredakan ketegangan rakyat Sarawak akibat diasak bertalu-talu Pakatan Pembangkang Sarawak yang mendakwa Kerajaan Persekutuan pimpinan @NajibRazak menyisihkan Sarawak dalam Bajet 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menerangkan secara terperinci berhubung hala tuju Bajet 2013 dan manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Sarawak dan Sabah dalam Bajet tersebut.

Menurut Koh Tsu Koon, Kerajaan Persekutuan amat prihatin terhadap beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat khasnya yang berpendapatan rendah termasuk di Sabah dan Sarawak. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM386 juta di Sarawak dan Sabah bagi program penyeragaman harga di bawah Bajet 2013 sebagai langkah menangani masalah kenaikan kos sara hidup serta kos barang keperluan asas yang jauh lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat barangan keperluan bersubsidi pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan, juga merangkumi pembukaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Pada tahun lepas, beliau berkata kos yang amat besar iaitu berjumlah RM22.9 bilion telah diberi dalam bentuk subsidi untuk pelbagai bahan api seperti RON95, diesel, gas memasak, tepung, beras, minyak masak dan gula selain banyak inisiatif baharu yang dilaksanakan untuk mengawal harga barangan keperluan utama.

Di bawah NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI) bagi tempoh 2010- 2011, sebanyak 955.72 km dan 736.06 km jalan kampung dan luar bandar telah dibina di Sabah dan Sarawak, selain sebanyak 85,229 isi rumah, di Sabah (44,845) dan Sarawak (40,384) telah mendapat bekalan air.

Pada tempoh yang sama, sejumlah 70,440 isi rumah, di Sabah (29,358) dan Sarawak (41,082) telah mendapat bekalan elektrik.

Di bawah NKRA Meningkatkan Taraf Hidup Isirumah Berpendapatan Rendah, sebanyak 258,435 isi rumah iaitu 116,881 di Sabah dan 141,554 di Sarawak diberi bantuan di bawah Program e-Kasih manakala sebanyak 31,026 isi rumah, 15,546 di Sabah dan 15,480 di Sarawak berjaya dalam meningkatkan pendapatan mereka melalui 1AZAM yang merangkumi bidang pertanian, perniagaan, perkhidmatan dan penempatan kerja yang baharu.

NKRA RBI juga berjaya membina atau membaik pulih lebih daripada 8,732 rumah di Sabah dan 14,709 rumah di Sarawak dengan sasaran 10,000 rumah lagi bagi 2012.

Secara keseluruhannya pada tahun ini seramai 4.3 juta isi rumah telah menerima BR1M, 5.78 juta pelajar menerima Bantuan Kembali ke Sekolah dan 1.5 juta penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi menerima Baucar Buku 1Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger