Sunday, October 7, 2012

KHALID GAGAP BIDAS TUN DR. MAHATHIR PASAL GEORGE SOROS



Setelah sedar dirinya kini dalam bahaya apabila jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya sekarang ini menjadi rebutan ramai pihak, Khalid Ibrahim segera memberi reaksi ke atas kenyataan Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir dalam kenyataannya berhubung tindakan SUARAM dan Malaysiakini yang menerima dana daripada George Soros, penyagak mata wang yang telah menghancurkan ekonomi Malaysia pada 1997 hingga menyebabkan ekonomi Malaysia meleset. Atas sebab itu, Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa mengundi atau memberi undi kepada Pakatan Pembangkang pada PRU-13 adalah sokongan kepada spekulator mata wang George Soros dan Yahudi.

Khalid Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir terhadap kenyataannya yang mengaitkan undi Pakatan Pembangkang dengan George Soros. Dakwaan itu sangat tidak berasas dan bertujuan berniat jahat.

Tegas Khalid Ibrahim lagi, “Saya percaya rakyat dan ahli cabang PKR tidak tertipu dan percaya tiada penduduk di sini pun mengenali Soros”.

Bagaimanapun, tuduhan itu ada kaitannya dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang secara terang terlibat dengan Malaysiakini seperti S. Sivarasa dan Tian Chua.

2 komen:

  1. Kat M'sia ni cuma Khalid sorang jer yg tak kenal Soros, kesian dia.

    ReplyDelete
  2. Adakah MB sorang ni macam katak bawah tempurong dan tak pernah baca tentang soros dlm internet. Mustahil MB ni tak faham BI.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger