Friday, October 5, 2012

KHALID IBRAHIM MAAFKAN AZMIN ALI?



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan tersebut selepas PRU-13 setelah mendapat persetujuan komponen Pakatan Pembangkang.

Jika benar itu kenyataan peribadi dan dalam masa yang sama berbohong bahawa kenyataan itu datangnya daripada komponen Pakatan Pembangkang, Azmin Ali tidak perlu memohon maaf. Ini kerana pemimpin Pakatan Pembangkang sudah tahu perangai buruk Azmin Ali dan tidak hairan jika Timbalan Presiden PKR yang terkenal dengan simbol ‘aiskrim’ itu berbohong.

Ini bukan kali pertama bahkan setiap kali kenyataan yang keluar daripada mulutnya itu tidak semuanya benar 100 peratus. Mengakui kenyataan itu banyak dipengaruhi budaya Pakatan Pembangkang yang banyak berbohong daripada bercakap benar.

Ramai juga mengetahui bahawa Azmin Ali turut berminat dengan jawatan Menteri Besar Selangor dan kini mengintai peluang. Sepanjang awal pemerintahan Khalid Ibrahim, Azmin Ali merupakan orang yang banyak mengulas tentang keberkesanan pentadbiran Khalid Ibrahim. Kini, menjelang PRU-13, keinginan Azmin Ali terhadap jawatan Menteri Besar Selangor itu kian terserlah.

Mengulas Kabinet Bayangan yang kini hangat diperkatakan, dakwaan Khalid Ibrahim lebih diperlukan di peringkat Persekutuan hanyalah mainan politik. Dalam senarai Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang yang dikeluarkan semalam, tiada nama atau wajah Khalid Ibrahim melainkan wajah Azmin Ali sebagai Menteri Dalam Negeri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger