Tuesday, October 16, 2012

KHALID IBRAHIM PUNCA JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR MENINGKAT



Semenjak pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dalam Kabinet Selangor, kadar peningkatan jenayah di Selangor semakin meningkat. Ini adalah angkara perbuatan dan tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Samad yang kini memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Islam Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin, kadar jenayah syariah Bahagian Pendakwaan JAIS dalam tempoh enam (6) bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan mendadak berbanding tahun lepas. Sebanyak 1,151 kes jenayah syariah telah direkodkan dalam enam (6) bulan pertaman tahun ini jika dibandingkan hanya 1,077 kes direkodkan pada tempoh masa yang sama tahun lepas.

Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Pembangkang dengan ditunjangi PKR, DAP dan PAS apabila menang PRU 2008. Peningkatan jumlah angka ini sesuatu yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

Berbeza dengan kes jenayah syariah di negeri-negeri lain, jenayah syariah di Selangor sangat unik tanpa mengira usia, jantina dan pendidikan. Malah, kesalahan jenayah juga pelbagai seperti khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan atau lebih mudah lagi, LGBT. Ini termasuk juga dakwaan palsu, kesucian agama Islam dan institusi agama Islam itu sendiri dengan merujuk kepada kes memurtadkan umat Islam yang pernah menggemparkan Selangor pada tahun-tahun sebelum ini.

Lebih memilukan ada sebilangan pemimpin Islam sendiri yang mendalangi perbuatan jenayah syariah hingga sanggup melakukan tohmahan kepada pegawai yang melaksanakan tugas. Pendek kata setiap pelaksanaan tugas berkaitan agama telah dipolitikan.

"Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama JAIS yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri.

Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan sebaik saja JAIS mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut. Namun, isu itu senyap apabila telah dipolitikan hingga campur tangan pihak-pihak berwajib sehingga menyebabkan institusi agama Islam itu sendiri mendapat tempias politik.

Hebat sungguh Pakatan Pembangkang sehingga agama pun telah dipolitikkan sehingga mengakibatkan jenayah syariah meningkat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger