Monday, October 15, 2012

KHALID IBRAHIM TOLONG JAWAB! SYARIKAT PENGENDALI UNISEL CATAT KERUGIAN



Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) syarikat yang mengendalikan Universiti Selangor (UNISEL) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Syarikat milik kerajaan PKR Selangor itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009.

Menurut laporan Audit Negara, pendapatan PIYSB pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah RM91.41 juta, RM89.35 juta dan RM71.82 juta. Penurunan pendapatan ini disebabkan kekurangan kemasukan pelajar.

Perbelanjaan PIYSB sepanjang tempoh sama pula meningkat daripada RM83.53 juta pada 2008 kepada RM95.78 juta pada 2009 dan RM102.87 juta pada 2010.

Laporan berkenaan turut menyatakan liabiliti syarikat tersebut pada 2010 iaitu sebanyak RM439.17 juta meningkat berbanding RM381.58 juta pada 2009.

Laporan Audit Negara itu sekaligus menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor sebelum ini bahawa mengatakan UNISEL rugi adalah angkara UMNO dan BN. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger