Monday, October 29, 2012

KHUTBAH AIDILADHA DI KELANTAN MENJURUS KEHANCURAN UMAT ISLAM



Sebagai negeri Islam dan diperintah oleh parti politik berasaskan Islam, wajarkah teks khutbah ditulis dengan penuh kebencian dan menuju kepada perpecahan umat Islam? Di manakah fahaman dan tanggungjawab Dewan Ulama PAS Kelantan (DUPK) yang bertanggungjawab mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara?

Teks khutbah yang berbau kebencian yang dihasilkan penulisnya dan disebarkan melalui pesanan khutbah kepada ribuan rakyat Kelantan bersempenan Hari Raya Korban adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Apa sudah jadi dengan PAS sehingga sanggup mempergunakan khutbah bagi menimbulkan kebencian terhadap pemimpin sesama Islam di Malaysia ini?

Ini bukan kali pertama malah kali ini lebih keras berbanding sebelumnya lebih-lebih lagi menjelang PRU-13. Inikah yang dipanggil parti Islam yang menggunakan Islam untuk menyerang pemimpin Islam yang lain. Jika diamati kaedah ini sama seperti yang digunakan al-Qaeda untuk menyerang umat Islam di dunia.


Teks khutbah yang dikeluarkan DUPK lebih keras dan menggesa rakyat Kelantan untuk membenci pemimpin Islam yang lain selain PAS. Tanpa merujuk kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selaku pihak berkuasa agama negeri, demi kelangsungan politik PAS dalam usaha mempertahankan Kelantan daripada UMNO/BN, PAS sanggup berbuat apa saja walaupun bercanggah dengan prinsip Islam.

Berbeza dengan MAIK yang mengeluarkan teks khutbah yang menyeru kepada perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu kerana perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu merupakan satu jalan untuk membentuk kesatuan dan perpaduan umat Islam seluruhnya yang lebih besar.

DUPK menyatakan perpaduan yang dimahukan oleh PAS adalah atas asas akidah tauhid, bukan melalui ajaran kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat, seolah-olah mereka yang bukan dari kalangan ahli dan penyokong PAS tidak mengesakan Allah sahaja lagaknya.

Bagaimanapun, di dalam kelantangannya menyindir dan menghentam pihak lain, DUPK sebenarnya hanya memperlihatkan tembelang sebenar PAS yang bertopengkan agama semata-mata.

Inilah dia parti politik Islam yang bukan memperjuangkan Islam tetapi menimbulkan kebencian buat sesama Islam. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger