Sunday, October 21, 2012

LAGI ANWAR IBRAHIM TIPU RAKYAT JOHOR



Hanya bersandarkan ‘suara rakyat’ ketika Pakatan Pembangkang mengadakan siri Ceramah Jelajah Rakyat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, Anwar Ibrahim menjelaskan rakyat kini sudah bersedia bangkit melakukan perubahan dengan memilih Pakatan Pembangkang pada PRU-13. Keyakinan ini disuarakan Anwar Ibrahim semasa berceramah di Johor semalam.

Dengan angkuh lagi sombong, Anwar Ibrahim sanggup menipu rakyat Johor bahawa Sabah negeri yang menjadi kubu kuat BN selama ini akan jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang hingga membuatkan Najib Razak mula goyang.

“Rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan. Ini semua soal suara keramat dan hasrat rakyat sendiri. Kini, ‘enough is enough’ dan sudah tiba masanya ‘time for change’,” katanya di Program Ceramah Jelajah Rakyat di Sutera Mall.

Hebat sungguh kelentong dan pembohongan Anwar Ibrahim kepada rakyat Johor. Jika berceramah di Kuching, Anwar Ibrahim tanpa segan silu menjadikan Najib Razak sebagai sasarannya dan mengatakan Pakatan Pembangkang akan menakluk Semenanjung Malaysia. Namun, hakikatnya populariti Najib Razak meningkat secara mendadak manakala imej Anwar Ibrahim jatuh menjunam.



Hakikatnya, semasa berceramah di Sarawak sebelum ini jumlah kehadiran yang hadir di Ceramah Merdeka Rakyat amatlah mendukacitakan dan hanya dihadiri ahli-ahli PKR dan Pakatan Pembangkang secara purata 200 hingga 250 orang dalam satu-satu ceramah. Apakah ini dikatakan suara rakyat? Itu hanya suara ahli-ahli PKR saja.

Anwar Ibrahim juga secara tidak sedar mengaku Jet yang dinaikinya itu ditaja seorang ahli korporat yang mana sebelum ini dinafikannya. Sebaliknya, menurut Anwar Ibrahim jet peribadi itu dipinjamkan oleh kawannya.

“Mereka sibuk mencanang isu saya menaiki jet yang ditaja oleh seorang ahli korporat. Anda tahu mengapa ahli korporat ini sudi meminjamkan jet ini untuk kami (gerak kerja), sebab dia tahu kita akan menang.

Seperti biasa, Anwar Ibrahim menjual ubatnya dengan menabur pelbagai janji seperti mahu menurunkan harga minyak dan memberikan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

1 komen:

  1. Benar3x...imej anwar aljuburi si-penipu dan si-pembohong tersohor akhir zaman terus jatuh menjunam, umpama mat jenin yg jatuh dari pokok kelapa dan terus menjunam kelubang taik yg paling dalam.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger