Thursday, October 11, 2012

MAHFUZ OMAR KATA NASHARUDIN MAT ISA SUDAH TERKELUAR LANDASAN PAS



Isu Nasharudin dan Karpal Singh dilihat masih belum reda dan kini menjadi bahan mulut pemimpin PAS yang kebanyakannya menyokong Karpal Singh berbanding rakan mereka sendiri, Nasharudin.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Nasharudin Mat Isa yang berperang lidah dengan Karpal Singh sebagai "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Ini susulan daripada tindakan Nasharudin yang mempersoal tindakan PAS yang bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Pembangkang dan menjelaskan perjuangan PAS kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan sebenar. Dalam masa yang sama, penentangan Karpal Singh terhadap PAS dalam isu hudud dan kepentingan agama Islam tidak dipedulikan sebaliknya hanya pentingkan kuasa berbanding perjuangan Islam.

Mahfuz Omar menegaskan PAS memerlukan kuasa untuk menyaingi PKR dan DAP yang kini kelihatan lebih dominan dalam Pakatan Pembangkang. Jika PAS masih lemah dan bersikap begini, nescaya perjuangan PAS tidak akan sampai ke mana.

Justeru, tindakan Nasharudin yang mempersoalkan pendirian parti khususnya dalam membelakangkan keputusan Majlis Syura PAS sebelum ini bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri, tegas Mahfuz Omar.

Sejak penubuhan PAS, sememangnya PAS mahukan kuasa dan kini mahukan lebih kuasa bagi menggantikan UMNO dan menyaingi DAP dan PKR yang kini ternyata mendahului PAS. PAS tidak mahu menjadi alatan DAP dan PKR yang selama ini menidakkan keperluan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Nasharudin sebelum ini telah mengingatkan PAS agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua semasa PRU-13.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS sering dilihat 'taboo' khususnya di pihak pemimpin PAS. Apakah mereka mempunyai agenda tersendiri?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" Dan, adakah kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger