Tuesday, October 9, 2012

MAHFUZ PERTAHAN HUBUNGAN PAS-DAP



Naib Presiden PAS yang juga sebahagian kumpulan Anwarisma, Mahfuz Omar mempertahankan keputusan PAS sebahagian daripada Pakatan Pembangkang dan menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR. Keputusan Mahfuz yang mewakili PAS itu menemplak pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang meminta kepimpinan PAS memutuskan hubungan haram dengan DAP dan PKR.

Mahfuz Omar juga menyangkal hubungan PAS dengan DAP dan PKR sebagai haram kerana PAS tetap dengan pendiriannya untuk menuju ke Putrajaya. Hanya dengan bantuan dan pertolongan DAP dan PKR sahaja yang membuatkan PAS dapat menjenguk Putrajaya. Ini kerana selama berjuang sendirian, PAS tidak akan sampai ke mana.

Bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang hanya bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Malah perjuangan Islam hanyalah satu tuntutan untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia beragama Islam khususnya orang Melayu.

Atas kesamaan tujuan, PAS bersama DAP dan PKR berjuang hari ini untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Manakala, misi menjatuhkan MCA dan MIC sudahpun berjaya pada PRU 2008 hingga menyebabkan tsunami politik.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger