Wednesday, October 10, 2012

MAT SABU BUTA SEJARAH MALAYSIA



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih manja dengan panggilan Mat Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui matlamat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

Mat Sabu berpendirian sebelum tahun 1957, PKM dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, beliau juga tidak tahu bahawa penubuhan sebuah negara komunis di negara ini merupakan idealogi komunis.

FIROZ: Kamu tidak tahu matlamat PKM tapi masih mengatakan mereka pejuang kemerdekaan?
MOHAMAD: Tak tahu. Tapi matlamat mereka sama dengan rakyat lain kerana parti itu sama dengan Parti Islam, Parti Negara dan Parti Sosialis tidak kira sah atau tak kepada British kerana sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan.

Untuk itu, tegas Mat Sabu tidak mustahil PKM turut sama dianggap sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

FIROZ: Dalam ucapan kamu, kamu terima tak bahawa kamu menyokong serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong apabila kamu menyatakan ‘Hat serang Bukit Kepong telah dilakukan oleh pejuang kemerdekaan’?
MOHAMAD: Ya, saya sokong.
FIROZ: Adakah kamu bersetuju bahawa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan oleh pasukan Komunis PKM?
MOHAMAD: Saya tidak tahu.

Ternyata, Mat Sabu ini bukan saja rabun tetapi buta sejarah.

1 komen:

  1. Mad Sabu buta mata, buta hati...pekak telinga, pekak hati.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger