Monday, October 15, 2012

NEGERI SELANGOR BERKEBAJIKAN TAPI AMAL DOUBLE STANDARD



Laporan akhbar 2 Oktober lalu, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor TIDAK akan melayan desakan daripada 350 pembeli rumah atau mana-mana rakyat Selangor yang mahu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menuntut anak syarikat kerajaan negeri itu mengambil alih hutang perumahan mereka.

Sebaliknya, Abdul Khalid menjelaskan, rakyat Selangor yang miskin dan tidak berkemampuan sepatutnya memohon bantuan zakat dan bukannya mendesak supaya hutang mereka diambil alih oleh PKNS. Kerajaan Negeri Selangor itu hanya membantu syarikat-syarikat yang mengalami kerugian yang besar seperti mana yang dilakukannya ke atas TALAM Corporations.

Kenyataan Abdul Khalid Ibrahim itu seolah-olah cuba lepas tangan daripada isu sebenar yang dihadapi golongan pembeli rumah PKNS - yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin. Inikah kerajaan berkebajikan yang digembar-gemburkan Pakatan Pembangkang?

Isu tuntutan pembeli rumah PKNS tidak boleh dianggap remeh oleh kerajaan negeri memandangkan perkara itu diluahkan sendiri oleh mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. Setakat 12 Oktober lalu, bilangan terkumpul yang membuat tuntutan sedemikian meningkat menjadi 1,150 orang melibatkan nilai hutang jutaan ringgit.

Jika Abdul Khalid menyuruh para pembeli rumah PKNS itu memohon zakat, bagaimana pula dengan pembeli yang bukan beragama Islam? Apakah kerajaan negeri merasakan mereka tidak berhak untuk mendapat pembelaan ekoran terhimpit dengan masalah kewangan dan kemiskinan?

Hakikatnya, sehingga ke hari ini kerajaan negeri tidak mengemukakan perancangan khusus untuk membantu golongan pembeli rumah berkenaan melainkan hanya meminta PKNS menyenaraikan nama para pembeli rumah yang miskin.

Apa sudah jadi dengan janji kerajaan negeri melalui manifesto pada pilihan raya umum 2008 yang mahu membantu rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri? Janji itu sendiri terkandung di bawah perkara sosial dan kebajikan rakyat dalam manifesto berkenaan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger