Wednesday, October 3, 2012

NIK AZIZ! TOLONG NASIHATKAN ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR SEGERA BERTAUBAT



Jika anda seorang yang umat Islam yang prihatin dan hidup kerana Islam, dan benci kepada mereka yang mempergunakan Islam demi kelangsungan politik, segeralah ke NewsMalaya's Channel di Youtube atau layari alamatnya http://www.youtube.com/watch?v=zSsr4zrOkb0&feature=share&list=UUfI5GAipYuwyylUyvko9sgA dan like bagi menyatakan sokongan ke atas nasihat yang diberikan Ustaz Azhar Idrus kepada Abdul Kadir Sheikh Fadzir supaya segera bertaubat! Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala kita dalam mencegah kemungkaran...


Belumpun reda dengan penghinaan filem Innoncence of Muslim tajaan Yahudi, masyarakat Malaysia digemparkan dengan ‘kenyataan’ berani mati Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ceramahnya yang mengatakan dirinya telah mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara!

Video di atas dengan jelas mempertontonkan petikan ceramah Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang secara terang menyebut bahawa beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik bagi membawa Pakatan Pembangkang ke Putrajaya. Nahuzubillah!!!


Sampai begitu sekali ceramah Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagi menyakinkan rakyat akan kehadirannya kembali ke pentas politik setelah tidak lagi terpilih dalam kalangan UMNO dan BN. Apakah beliau tidak sedar bahawa apa yang diungkapkan itu bercanggah dengan akidah sebagai umat Islam? Memang benar kata orang Melayu, kini orang politik sudah tidak ada rasa malu dengan agama dan bangsa demi kepentingan politik masing-masing. Inilah yang dipelajari Abdul Kadir Sheikh Fazir daripada Anwar Ibrahim yang ini sudah hilang kemaluan.

Susulan dengan itu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir diminta untuk segera bertaubat! Di manakah pemimpin PAS yang kini merupakan ‘rakan baru’ Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar segera menasihatkan supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jika PAS tidak berhajat hendak menasihatkan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, lupakanlah perjuangan menegakkan Islam di Malaysia sebab rakan sendiri dibiarkan lalai.

Dalam hal ini, ternyata Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) pimpinan Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya lebih pantas berbanding PAS yang menyedari perlanggaran akidah Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Sebagai sesama Islam, Ilmu memohon agar Abdul Kadir Sheikh Fadzir segera bertaubat sebelum terlewat.

Kenyataan Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ceramahnya itu sememangnya telah melanggari akidah umat Islam. Difahamkan, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT. Dengan kenyataan ini ternyata Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebenarnya bukan saja telah menyesatkan masyarakat Malaysia bahkan menjurus kepada kemungkaran.

Kesanggupan Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengheret nama Allah SWT ke dalam percakapan politiknya itu amat mendukacitakan ramai pihak khususnya umat Islam di Malaysia. Jangan ingat dengan menggunakan nama Allah SWT akan berjaya menarik sokongan orang Melayu ke atas perjuangan Pakatan Pembangkang yang ternyata songsang dan menuju kemungkaran dengan penglibatan Yahudi dan Zionist.

Ketaksuban Abdul Kadir Sheikh Fadzir berpolitik sehingga mengaitkan nama Allah SWT demi kelangsungan politiknya telah mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia. Jika PAS sanggup memperalatkan Islam bagi kelangsungan politik mereka, apatah lagi Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang hanya baru setahun jagung dalam Pakatan Pembangkang.

Jangan hanya kerana tidak dapat jawatan dalam parti dan bertanding dalam PRU-13 serta menjawat jawatan Menteri hingga timbul perasaan benci terhadap pemimpin sesama Islam maka sanggup mempermainkan Islam dan Allah SWT. Ingatlah bahawa politik itu hanya sementara dan ‘mati’ itu akan tetap ada. Segeralah bertaubat nasuha selagi masih hidup supaya tidak mati dalam keadaan bergelumung dengan dosa.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger