Tuesday, October 9, 2012

PAS ‘HARAM’KAN PERBUATAN ANWAR IBRAHIM



Akibat tindak tanduknya yang bersikap liberal apabila melancarkan buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, Anwar Ibrahim telah menyinggung umat Islam di Malaysia.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.

Dr. Haron Din menempalk Anwar Ibrahim dengan menyatakan PAS kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Tegas Dr. Haron Din lagi, tindakan Anwar Ibrahim itu benar-benar mencemarkan Pakatan Pembangkang yang turut disertai PAS. PAS jelas Dr. Harun Din tidak pernah merestui tindakan Anwar Ibrahim yang secara jelas mencemarkan PAS di mata rakyat Malaysia.

Walaupun Anwar Ibrahim dan PAS adalah berbeza, tetapi perbuatannya itu benar-benar mencemarkan PAS yang selama ini dilihat memperjuang Islam dan bukan Islam Liberal.

Perbuatan Anwar Ibrahim itu dipercayai untuk keuntungan politiknya sahaja tanpa melihat implikasinya ke atas PAS sebagai parti Islam. Anwar Ibrahim tiada asas politiknya kepada Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger