Sunday, October 28, 2012

PAS KINI BERSIFAT PERKAUMAN PERTIKAI KEPIMPINAN KAUM LAIN




Walaupun enggan mengikut jejak langkah BN mengumumkan senarai nama calon lebih awal, PAS menerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu menjelaskan Pakatan Pembangkang akan mengemukakan lebih ramai calon Melayu di beberapa kerusi Parlimen dalam PRU-13 akan datang. Sambil itu, menyifatkan UMNO yang memperjuangkan orang Melayu dan Islam tidak melakukan sedemikian.

Kenyataan terbaru Mat Sabu itu bersifat perkauman yang mana tidak sensitif dalam soal perkauman di Malaysia. PAS mewakili orang Melayu, PKR mewakili pelbagai kaum dan DAP untuk orang Cina. Namun, tidak mempunyai kesepakatan dalam soal calon dan kawasan yang akan ditandingi mereka biarpun perbincangan demi perbincangan diadakan. Dalam erti kata lain, Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak mempunyai calon yang sesuai sebaliknya mengambil calon main tangkap muat.

Mat Sabu mengambil contoh, pertandingan antara Siti Mariah Mahmud (PAS) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? S.A Vigneswaran daripada kaum India yang bertanding atas tiket BN.

Demikian juga apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? Datuk G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? Datuk Fu Ah Kiow daripada BN.

Nampaknya selepas ini lebih baik Pakatan Pembangkang letak semua calon Melayu di semua kawasan Parlimen dan DUN. PKR dan DAP tak usah bertanding sebab mereka parti pelbagai kaum dan parti Cina. Atau lebih baik, PAS keluar daripada Pakatan Pembangkang kerana sejak akhir-akhir ini cuba bermain isu kaum demi mahu menagih undi orang Melayu yang kini sudah muak dan benci dengan PAS yang bersikap Kafir dan Yahudi.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger