Thursday, October 4, 2012

PERBAHASAN BAJET 2013: ANWAR IBRAHIM TERBANG KE PARIS



Ketika perbahasan Bajet 2013 berlangsung di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim cuba mengelak diri apabila mengambil keputusan terbang ke Paris.

Apakah yang dibuatnya di Paris? Berjumpa dengan George Soros atau bertemu dengan rakan-rakan Yahudi untuk mendapatkan dana bagi menghadapi PRU-13!

Sebelum ini Anwar Ibrahim menuduh Najib Razak sebagai penakut kerana tidak hadir ke Perbahasan Bajet 2013 yang dibahaskannya pada Isnin lepas. Ketidakhadiran Najib Razak itu bagaimanapun bersebab kerana menghadiri tugas-tugas rasmi Perdana Menteri. Pun begitu, ramai di kalangan pemimpin Kerajaan BN hadir dan mengulas Perbahasan Bajet 2013 itu.

Dan, semalam Anwar Ibrahim terbang ke Paris dalam cubaan mengelak untuk mendengar perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat dan takut ‘diserang’ pemimpin BN yang ketika ini bersemangat untuk membahaskan Bajet 2013. Budaya dan perbuatan Anwar Ibrahim ini disifatkan sebagai ‘pengecut’ dan cakap tidak serupa bikin.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim cuba mengelak perbahasan Bajet kerana selama ini semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dulu, beliau selalu menghilangkan diri apabila Ketua Pembangkang ketika itu, Lim Kit Siang membahaskan Bajet.

Apakah yang membuatkan Anwar Ibrahim ‘terlalu’ sibuk hingga terbang ke Paris? Sedangkan beliau hanya sebagai Ketua Pembangkang.

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri perlakuan Anwar Ibrahim yang kini disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger