Wednesday, October 17, 2012

PRU-13 DIJANGKA DIADAKAN TAHUN DEPAN



Berdasarkan intipati Bajet 2013 BN yang telah dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada September lepas, PRU-13 dijangka akan diadakan pada tahun depan. Ketika ini beberapa pelaksanaan berkaitan Bajet 2013 sedang diimplementasi oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menunaikan Janji Kerajaan BN.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicanangkan Pakatan Pembangkang sebagai tindakan drastik kerajaan untuk meraih undi ternyata meleset kerana Bajet 2013 telah bersetuju memberikan BR1M 2.0 kepada rakyat pada tahun 2013 dan bukan bersifat one off untuk tahun 2012 sahaja. Malah, mereka yang telah menerima BR1M 1.0 sebelum ini tidak perlu risau kerana terjamin menerima peruntukan RM500 seorang. Mereka yang tercicir dan belia yang berumur 21 ke atas layak untuk menerima BR1M 2.0 seperti yang dijanjikan Kerajaan.

Ketika ini populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah meningkat dan semakin meningkat selepas pembentangan Bajet 2013. Ini kerana selain Janji Ditepati, pengkhususan Bajet 2013 juga menyeluruh dan meliputi segenap peringkat. Nescaya rakyat sudah mengenal pasti Kerajaan yang sesuai untuk mereka undi pada PRU-13 akan datang.

Bermula dari sekarang (Oktober) hingga Mac 2013, hanya ada 5 bulan sahaja lagi untuk jentera BN bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Ini kerana, jika PRU-13 diadakan pada April 2013, Pakatan Pembangkang pasti tidak setuju, tetapi jika diadakan pada Februari atau Mac, Pakatan Pembangkang tiada pilihan dan bersetuju. Yang pasti hanya ada sekurang-sekurang 5 bulan lagi PRU-13 menjelang tiba.

Ketika ini, imej Kerajaan di mata rakyat semakin baik dan mendapat pengiktirafan sejajar dengan transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi. Oleh itu, para penjawat awam wajar memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kita jangan tipu rakyat sebaliknya beritahu perkara sebenar biarpun ia sedikit menyerlahkan kelemahan kita. Jika kita jujur dan iklas, kesan yang baik pasti akan kita terima. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang semakin hebat menipu dan memutarbelitkan fakta. Itu memang kerja pembangkang dan rakyat jangan tertipu dengan permainan licik mereka.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger