Monday, October 1, 2012

SALAHUDDIN AYUB SALAHKAN UMNO KERETA DINAIKINYA DIPECAHKAN CERMIN



Setiap yang berlaku ke atas pemimpin Pakatan Pembangang sama ada PKR, DAP mahupun PAS, semuanya disebabkan UMNO. Itulah reaksi pemimpin Pakatan Pembangkang apabila sesuatu kejadian berlaku ke atas mereka. Hakikatnya, itulah modal pemimpin Pakatan Pembangkang untuk mencemar nama baik BN.

Terbaru, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyalahkan UMNO apabila kereta yang dinaikinya di Sungai Rengit, Pengerang rosak teruk dengan dua tayar kereta ditoreh dan dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).

Salahuddin Ayub menjelaskan beliau tidak mahu membuat laporan polis kerana semua ini ternyata angkara UMNO. 

Apakah hanya UMNO sahaja yang dipersalahkan sedangkan rakyat kini sudah mengetahui hak mereka kerana tidak semua apa yang dilakukan ahli politik seperti Pakatan Pembangkang ini betul. Sebaliknya, bantahan terhadap mana-mana projek yang dilaksanakan kerajaan itu mempunyai faedah tertentu dan kehadiran pemimpin Pakatan Pembangkang hanya untuk menanam kebencian terhadap kerajaan dan menunjukkan diri mereka sebagai hero.

Rakyat kini sudah mula tahu hak mereka dan tidak memerlukan Pakatan Pembangkang untuk mewakili mereka dalam apa juga penentangan terhadap projek tertentu. Kerajaan dan GLC milik kerajaan tidak pernah mengabaikan keselamatan rakyat dan mengadakan perbincangan kepada rakyat sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.

Sebaliknya, kehadiran Pakatan Pembangkang hanya bertujuan untuk meraih simpati dan populariti di kalangan rakyat yang kini mula sedar akan pihak mana yang memenuhi dan mengotakan janji. 

2 komen:

  1. ok la kene pecah cermin.....kalu dgn aku hilang sebaris gigi depan.

    ReplyDelete
  2. kalau aku jadik orang pengerang, aku pun hangin kerana majoriti orang pengerang teruja dan gembira dengan projek RAPID.

    tetiba sekumpulan komunis di ampu oleh lebai parasit pas dari luar kata projek tu ditolak rakyat..

    salahudin ayop bakal MB Johor? kah..kah...kah...silap2 semua keputusan kerajaan negeri kelak perlu kelulusan Singapork ..

    Gen2felda

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger