Sunday, October 21, 2012

SALAHUDDIN NAFI PAKATAN PEMBANGKANG SUDAH TIDAK RELEVAN



Cabaran Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong bahawa Pakatan Pembangkang sebagai mengamalkan pemerintahan teokratik. Pemerintahan ini sewajarnya wajib ditolak rakyat memandangkan jika politik sebegini diteruskan nescaya rakyat akan mengalami kesusahan dan negara mengalami krisis ekonomi.

Politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Pembangkang bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari BN dengan cara mewujudkan kebencian yang melampau.

Sebagai orang yang makan cili, dialah yang akan merasa pedas, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai pemuda kuno apabila membawa isu lama dalam politik tanah air.

Ternyata, lontaran cabaran Ketua Pemuda MCA itu telah membuka ruang perdebatan. Yang menariknya, Pakatan Pembangkang dengan sendirinya mendendangkan lagu lama apabila masih mengutarakan janji-janji lama biarpun sudah tidak relevan kerana sukar untuk dilaksanakan.

Sama juga dengan rencah politik Selangor yang sehingga kini tiada kesudahan apabila banyak lagi janji-janji Pakatan Pembangkang yang masih tidak dilaksanakan seperti yang disiarkan dalam tv, akhbar dan media sosial. Tetapi, mereka menganggapnya seperti tiada sebarang kesalahan biarpun terpaksa berbohong. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger